Pages

Friday, July 30, 2010

~ last entry b4 bersalin ~

huhu...esok aku dah kena admit wad..insyaallah ahad atau isnin dah bersalin..harap2 hero ibu ni keluar pada 1st Ogos..dan mudah-mudahan semuanya dipermudahkan..AMIN!

So..blog ni akan bersawang selama ibu berpantang kat kampung yer..harap2 berjumpa lagi bulan Oktober nanti ..doakan kesejahteraan kami sekeluarga yer...muuuaaahh!!

sekian...

Tuesday, July 27, 2010

~ baju kurung Aina ~

sabtu lepas ibu order baju kurung kain cotton dari blog comellote .. so tadi dah selamat le sampai...tapi saiz macam besar sikit sbb ibu ingat Aina punya saiz macam budak 3 tahun..rupanya saiz baju kurung ni memang besar ehehe..takpe la at least besar boleh pakai next time kan..sekarang ni ibu dah tak larat nak jalan shopping raya utk Aina..entah2 next week ibu dah bersalin..so beli online jela..pun jimat masa,tenaga..kan?



sila abaikan meja ibu yg bersepah tu ehehe

Monday, July 26, 2010

~ Pa&Ma edisi bumper ~



nampak tak apa yg saya nampak? Huhu...dah dekat due kan!! macam tak percaya jer..pejam celik pejam celik..dah nak bersalin LAGI..Aina pun bulan depan dah birthday 2 tahun...ibu tak celebrate apa2 yer..sbb dah masuk bulan puasa..insyaallah kalou semuanya sihat dan ada rezeki lebih..lepas raya nanti bolehla buat majlis sikit..apa2 pun tunggu ibu bersalin dulu yer :)

dah beli edisi bumper majalah Pa&Ma? kalou belum beli cepat2la pegi terjah kat kedai2 majalah tu..sbb edisi kali ni memang berbaloi-baloi..kenapa?? sbb ibu memang tunggu sgt isu "penyusuan susu ibu" ni..tambah2 lak ada senarai complete produk penyusuan susu ibu..tak payah pening2 nak serve kat internet..boleh buat pilihan pakej mana yg kita nak..

sebelum ni pun ibu memang hari2 serve blog lunatots, sarakids , momslittleones, fabulous moms..etc!! sebab yg utama sekali..for this pregnancy..awal2 lagi ibu dah tanam azam nak susukan baby dengan susu ibu..huhu sgt sedih bila teringatkan kebodohan ibu masa lahirkan Aina..dia sempat minum susu ibu tak sampai seminggu..time tu ibu macam rasa tak bersalah pun tak bagi dia EBM (express breast milk)..tapi utk pregnancy kali ni..bila dah banyak membaca,banyak cari info kat internet...barula rasa cam cerdik sikit..harap2 baby kali ni ibu berjaya BF kan baby at least sepanjang berpantang..sebelum ibu start keje ibu akan buat keputusan samada nak teruskan penyusuan secara eksklusif...atau tak..bukan tak nak, tapi ibu tak berani nak cakap awal2 takut kecewa (nak beli breast pum pun tgh berkira2 ni..camner?)

ibu : sgt suka layan blog diyaluna (lunatots) dan mummy sarah & syasya (sarakids)

Tuesday, July 20, 2010

~ week 36 ~

emmm...pagi2 kat opis ni bolehla meng'update' blog...nanti dah bersalin,berpantang kat kg 2 bulan...blog ni bersawang le jawabnya huhu..takpela..orang cuci sawang time nak raya kan..aku cuci sawang lepas raya eheh..ok ape?

dah masuk week 36 ni..kira dah penghujung kehamilan,aku pun dah tak larat nak jalan2..kalo boleh nak rehat jer kat umah..tapi nanti boring lak..eemmm check up kat klinik pun dah tiap2 minggu..khamis ni pun check up gak..jumaat ni mak mertua & kak ipar nak datang umah...beruntung gak mak mertua nak tunggu sini sementara aku nak bersalin..time bersalin kat Aina  tahun 2008 kesian kat dia..tunggu aku sebulan huhu..naik boring dia..so kali ni aku dah suruh ayah Aina takyah suh dia dtg awal2 sgt..paling kurang seminggu 2 nak bersalin boleh la..takdela dia jemu sgt nanti...kali ni aku kena admit wad awal..tu yg boleh budget dah bila nak bersalin...

last week..aktiviti kitorang 3beranak still berulang ke USJ 16..kira dah habis kemas semua..siap lap tingkap lagi..padahal umah sendiri pun tak penah lap tingkap ehehe...nampak cam ok jer..tu yg ibu tak heran tu!! sebelum tu singgah makan  KFC kat area situ gak..sbb ibu macam teringin jer nak makan KFC...yummy!!

1st time jumpa restoran KFC yg buka 24hours..boleh 'pandu lalu' lak tu :)




Kak Yong yg comot!!

Thursday, July 15, 2010

~ replacement leave ~

semalam aku ambik 'replacement leave' sbb ahad kan aku keje utk 'Parents Day & Jom Sihat Karnival'..okla events tu..tapi memang sgt letih huhu rasa maleh jer nak keje Isnin tu..dahla berjaga tgk Final World Cup 2010..akhirnya ramalan si "paul" sotong tu menjadi kenyataan hikhikhik!! Bravo Spain!!aku layan jela saper2 yg menang pun....

So...aktiviti semalam ialah...

1)  check up kat Klinik Cheras Baru (week 35)

lupa lak nak mention..ayah Aina pun cuti gak semalam so kitorang 3beranak la pegi klinik..tapi memandangkan aku dpt no 1031..lepas breakfast jer ayah Aina kata nak balik umah dulu..yela aku pun tak sanggup nak layan Aina kat klinik tu..baikla diorang balik umah tido dulu ker..semalam kat klinik memang ramai sgt org..sampai takde tempat duduk..bayangkan ler...naik lenguh gak ler tunggu saper2 nak bangun..yg kaum bapa plak..bagila kerusi tu utk kaum ibu2 yg dah sarat macam aku ni kan..diorang bleh buat 'kering' jer dok sebelah bini..huhu..angin gak ibu nih!! pukul 10.30am baru settle..tu pun nasib baik takyah jumpa doktor..kalo tak sure lagi lambat..untuk rekod..Hb aku 9.4 jer huhu naik 0.1 dari last 2week..berat maintain 56kg..bolehla kot...

2)  kemas umah kat USJ 16 (Pangsapuri Sri Tanjung)

emm..ayah Aina amik cuti sebenarnya nak kemas umah sewa kat sana..rumah tu dia beli sebelum kitorang kawin lagi..tapi memang utk disewakan jela..nak duduk sana jauhla pulak..kena pikir banyak kali ehehe..so previous rental tu dah keluar..kenala kemaskini balik umah tu..repair apa yg patut..apa yg tak patut eheh...buat iklan baru utk cari penyewa..sangatla penatnyer ibu semalam...campur penat pagi tu kat klinik lagi..huhu..Aina toksah cakapla..punyala cergas + buas...sibuk la dia nak membantu konon..ayah pun layan jela..ibu dah tak larat nak tolong..dok atas kerusi..tolong snap gambor jer eheh...layaaan!!








menjamu selera selepas penat bekerja ehehe..ayah bawak bekal dari umah nih!!

sebenarnya tak habis kemas lagi ni..maybe this week berkampung lagi kat sini huhu..
sekian!

Thursday, July 8, 2010

~ week 34 ~

Bayi Anda


Berat badannya semakin bertambah. Matanya mula sensitif terhadap cahaya. Kening dan bulu mata kini sudah cukup matang dan mata janin kini sudah pandai berkedip-kedip. Sekiranya janin adalah lelaki, testisnya mula membentuk dengan sempurna. Berat badannya kini menjangkau 2 kg, Manakala, ukuran badannya kini mencecah 43 sm.

Tubuh anda

Tekanan darah mungkin akan meningkat agak tinggi. Jadi, jaga sedikit perasan dan emosi anda pada peringkat ini.

__________________________________________________________________________

Emmm...dah nak masuk week 35 sebenarnya..dalam 3,4 minggu lagi mungkin aku dah bersalin,sekarang pun dah tak larat sgt nak jalan2 huhu..semalam time balik keje baru perasan..kaki dah bengkak sikit,patutla!! Ayah Aina kata ..kalau tak larat sgt mintakla cuti awal..tak berbaloi lak aku rasa..lagi pun kali ni aku memang kena admit wad awal kan..so dah tahula bila nak bersalin,rugi jer kalau amik cuti awal2 sgt..even ibu pun sebenarnya dah malas nak pegi keje ehehe

Ahad ni ibu kena keje sbb ada events 'Parents Day & Jom sihat Carnival'..huhu sgt malas nak join sebenarnya tapi kenala jugak sbb HQ dah pilih utk buat kat KL Branch ni..dahla sabtu  pun keje gak huhu tak reahtla ibu minggu ni.. rasa macam nak MC je Isnin..boleh? :)

Sian Aina..semalam dia asyik muntah2 jer..ibu la penat dok lap muntah jer,habis selimut,tilam,baju semua kena muntah..pelikla..kenapa ek dia selalu muntah2..kalau pasal susu..rasanya ayah dah stop beli Dugro yg perasa "madu" tu..nyaris gak dia tak demam..cergas lagila macam biasa..harap2 tak demamla anak ibu ni yer..


ibu masak maggie + bayam pun dia semangat makan eheh
takpe..makan yer kakak nanti ibu kemas..

Thursday, July 1, 2010

~ bedung & barut ~

ingat lagi tak..hari ni check up kat klinik Cheras Baru...nak tahu Hb aku berapa..9.3 jer huhu..naik 0.10 jer dari last check up,aku maleh nak pikir skang nih..MISSION FAILED!! :(

takpe..kita share pasal citer lain..so pagi tadi aku dah terima 'barut ngan bedung baby' yg aku order online dari blog huda ..  http://babyneedsshop.blogspot.com/ thanks yer Huda..akak suka jugak sebenarnya bedung yg corak2 tu..tapi ayah Aina tak suka huhu..tu yg beli kaler plain jer..anyway memang kemas sgt jahitan dia..hehe kiranya dah complete la barangan baby ni...tunggu nak bersalin jer..kita layan gambor yer..




sekian...  :)