Pages

Monday, October 26, 2009

"Bantal busyuk & puting"

jumpa lagi..last saturday balik kuala kangsar umah abg ipar kat Liman Kati (pelik kan?) ehehe
ahad tu pegi kenduri umah Ngah kat Perlop 1 Sg Siput(U)..last masuk perlop bulan 12 tahun lepas,masa tu Aina baru 4 bulan..so kali ni Aina dah setahun lebih..so dah tak payah dukung2 lagi..senang la skit nak bawak pi kenduri kan...tapi letih ar nak kepong dia sbb asyik nak jalan jer..tengok ar dlm gambo tu siap berkepitla dengan bantak bucuk + puting dia..puting tu memang aku dah nak sorok buang tapi dia mesti carik tambah2 bila nak tido..camner?

Thursday, October 22, 2009

"cloth diaper"

wah...semalam cloth diaper yg aku order dari http://mysetbersalin.com/blog dah sampai..thanks Kak Rahimah,it's so cute!! excited sangat nak bagi Aina try..dengan harapan dpt kurangkan masalah ruam lampin dia..huhu cian anak ibu!! So mlm tadi dah bagi Aina cuba..ok la sbb senang nak bagi pakai,tapi yg kelakarnya..nampak besar sgt bontot Aina eheeh!! pagi2 tadi bangun jer terus check takut bocor..tapi TAK PUN!! rasanya mungkin lepas ni nak praktikkan CD ni...nak share sikit "cloth diaper" ni dengan viewer semua..sorry ek sbb copy paste dari blog Kak Rahimah..ampuuun kak!!
Apa dia Cloth Diaper?
Cloth diaper merupakan lampin kain rekabentuk moden yang amat selesa untuk bayi dan mesra pada kulit . Ia sesuai untuk di gunakan dari umur bayi 3 bulan sehingga 3 tahun dan boleh di cuci . Bahagian luar cloth diaper di lapisi dengan sejenis kain khas iaitu polyurethane Laminate ( PUL ) yang kalis air supaya ia tidak mudah bocor .
Lapisan dalam cloth diaper ini di jahit dengan poket khas untuk memudahkan anda memasukkan pelapik khas ( insert ) yang mampu menyerap air kencing bayi sehingga 3 hingga 4 jam penggunaan.
Setiap helai cloth diaper di bekalkan sekali dengan pelapik khas ( insert ) yang di perbuat dari micro fiber yang tinggi daya serapan dan mudah di bersihkan. Cloth diaper ini boleh di cuci dengan tangan atau mesin basuh untuk membantu kerja-kerja pencucian yang lebih praktikal.
Kesimpulannya lampin kain moden ini tidak mengandungi bahan kimia yang boleh mengancam kesihatan bayi anda.
Apa keistimewaannya?
  • Bayi akan rasa lebih selesa .
    Oleh kerana lapisan dalam cloth diaper ini di lapik dengan sejenis kain kapas khas bayi rasa lebih selesa dan kering. Ini berbeza dengan dengan lampin pakai buang yang di perbuat dari bahan sintetik yang mengakibatkan rasa panas , tiada pengudaraan dan merengsa kulit.
  • Tidak membahayakan kesihatan bayi.
    Oleh kerana cloth diaper ini di perbuat dari kain, kesihatan bayi anda lebih terjamin kerana lampin kain ini tidak mengandungi bahan kimia .Lampin pakai buang di perbuat dari pulpa( kertas ) yang menghasilkan bahan kimia dan boleh mengancam kesihatan dan nyawa bayi.
  • Cepat kering bila di cuci
    Anda tak perlu risau setiap kali anda mencuci lampin kain ini kerana ia mudah kering dan boleh di pakai semula dalam masa 2 jam. Lampin kain ini juga tidak memerlukan pencahayaaan yang berlebihan untuk proses pengeringan.
  • Mudah di pakai dan di ubah suai
    Lampin kain ini mudah di ubahsuai mengikut umur bayi kerana ia di jahit bersekali dengan butang . Hanya lekatkan butang dan ubah lampin dari saiz S , M dan L mengikut usia bayi anda. Kesemuanya hanya dengan sehelai lampin kain. Seronokkan ?

Monday, October 19, 2009

Rotavirus & Ruam lampin

Dah lama tak update blog eheh sibuk 'berkebun'...sekarang ada topik nak share..ROTAVIRUS & RUAM LAMPIN..

dok risau skang Aina kena ruam...dah 2x pegi refer klinik..1st tu pasal dia cirit-birit,doktor kata memang biasa utk stage ni..baby memang suka masukkan apa saja yg dia nampak ke dlm mulut,sebab tu mudah masuk virus..dok pikir gak si Aina memang apa saja nak masuk mulut..even masa kat klinik doktor tengah cakap dia boleh gigit meja doktor..malu ibu eheeh!

dah ok masalah cirit-birit tu..sekali tgk2 naik ruam lak..ish!sampai pagi tadi macam tak ok lagi even dah boh ubat klinik (yg rega sampai RM42)OMG!!

So..pikir punya pikir..emm patutkah saya mulakan "cloth diapers"...jawapannya MEMANG PATUT!! hahaha...tadi dok survey kat blog http://www.mysetbersalin.com/ terus call kak Rahimah yg ramah-tamah..eheheh sbb blog ni jer yg saya tahu (info dari majalah PA&MA)..dan terus order 2 set cloth diapers dari dia..esok lusa baru sampai kot..harap2 ada sikit kemajuan dlm menangani masalah ni..AMIN!!saper2 berminat orderla kat blog tu..info pasal ibu & bayi pun banyak..jumpa lagi!!