Pages

Showing posts with label hari ibu. Show all posts
Showing posts with label hari ibu. Show all posts

Monday, May 13, 2013

~ hari ibu ~



nampak tak? eheh
ni Aina yg tulis untuk ibu...
mula2 tulis elok jer "selamat hari ibu"
pastu last2 tambah 'selamat hari jadi ibu' ehehe
alhamdulillah Aina dah boleh tulis sikit2..
tapi memang slalu 'mix up' kan huruf besar ngan huruf kecil hahah
start hari ni Aina exam sampai Khamis ni..
sambil dok ulangkaji malam tadi la yg dia tulis 'statement' tu..sweet!!
thanks kakak!!


so semalam kitorang takde buat aktiviti apa sangat pun..
pagi cam selalu pegi TESCO..
pastu petang jer bawak kanak2 ni pegi taman..
macam dah lama sangat tak pegi taman kan..


tapi biasala cuaca petang..memang panas!! huhu..


ibu dah tak larat jalan ehehe..
dah masuk week 30 ni makin berat..
tapi sebenarnya elok la bawak jenjalan kan..
dahla kat opis asyik duduk jer..haha!!


Amin sekarang pandai bergaya..
sendiri2 pilih seluar + baju bila nak keluar jenjalan...
aduyyai dik...
kengkadang tu..mengamuk tak nak pakai seluar  pendek yg biasa2 tu..
asyikla nak pakai seluar jeans..
ikut perangai sapa la nih...ehehe


@ abang Amin in action @

SEKIAN

Monday, May 14, 2012

Happy mother's Day

sebenarnya..hari2 hari ibu kan..tapi mungkin hari ni special sikit kot...
tak ingat lak last year kitorang celebrate ke tak..kena review balik nih eheh..
yg penting hari ni hari ahad..so macam biasa pagi2 pegi TESCO...wajib!!!
dan ibu merajinkan diri memasak special sikit utk lunch hari ni...


nasi tomato + ayam masak merah

rasanya dulu penah dah buat sekali...ok ke ayah?eheh "bolehlaaa....."
tengah2 masak gas lak habis hahah...
terpaksa la ayah pun merajinkan diri gak pegi ke kedai..


Amin demam lak hari ni ..mula2 kak yong yg demam dulu hari khamis..
tapi semalam dah ok dah..Amin lak jangkit..
so petang tadi bawak le ke klinik Idzham..
makan pun tak nak sgt..minum susu jer..
Isyak tadi dah start muntah ..alahai sian nyer!!
harap2 esok tak melarat la..


Selamat Hari Ibu...Ibu!!

Monday, May 9, 2011

Entri Hari Ibu

'selamat hari ibu' kepada semua ibu2...alhamdulillah dan syukur kepada ALLAH SWT sbb memberi kesempatan dan peluang untuk menjadi "ibu"...besar rahmatnya bila tgk anak2 membesar..huhu
harap2 hari ibu bukan setakat minggu ke2 bulan Mei sahaja kan..hari2 ialah hari ibu!!

apa aktiviti kami semalam?
pagi2 pegi umah mak lang Aina kat IKBN Dusun Tua..
pastu terus pegi Pandan Jaya..
buat apa kat sana?
taraaa...pegi saloon potong rambut Aina..ehehe

cute kan anak ibu nih..
dah lama nak potong rambut Aina tapi takde masa..ibu pun penah cuba potong sendiri..
jawabnya memang senget-benget la kan..
dia penakut sebenarnya..geli tgk rambut!!

kelakar sgt...bila pakaikan jer kain putih tu..dia dah diam jer..
pastu terkebil-kebil..mata dah berair..eheh
masa tu ayah kat dlm keta tunggu Amin tido..
bila ayah masuk jer..mulala dia nak keluarkan tangan..gerak sana sini..
memang lucu sgt!!

ibu terpaksa create attention..sbb Aina sibuk dok toleh kanan kiri ...
sampai aunty (sebenarnya uncle kihkih!!) yg potong rambut tu pun dah tak tentu arah..
last2 nya..

peluk ibu kuat2..tak nak lepas!!
padahal belum siap lagi gunting..

terpaksala aunty tu gunting gak sambil dia dok peluk ibu..sabar jela!!


at last...siap gak tapi kategori express la..
tak sabar dia nak keluar tu..
dah siap baru la bersuara..
bye..bye..siap salam kiss tgn lagi!!

lunch time..


selamat hari ibu 'ibu'...love you!!
love you too Thaqif Amin..muuaaah!!!


sayang kakak jugak!!
muuaaah!!!


Monday, May 10, 2010

Selamat Hari Ibu

semalam ialah hari ibu..so kepada semua ibu2..berbanggala sebab kita diberi peluang untuk menjadi seorang ibu kan?mesti ada yg pegi celebrate dgn ibu masing2..ataupun diri sendiri di raikan oleh anak2..mesti best..eheeh AKU? semalam macam biasa ahad kena buat BSP kat hospital Ampang seaawal pukul 8am..pastu dalam pukul 9.30am baru balik umah..ingat malas nak masak..tapi dah si ayah request nak makan kat umah..kenala rajinkan diri gak memasak huhu..memang dah lama weekend aku tak masak since keluar wad last week..

pikir2 punya pikir..ni jela menu yg dapat aku masak memandangkan aku tengah berdiet ala 'diabetic solid'
layan gambar jela :)

nak rasmikan periuk kukus 'tupperware'



1st aku masak nih eheh (ayah complain kuah ckit sgt)

baju ni pengasuh Aina yg sebelum ni bagi..penat2 dia antar ke rumah ingat nak jumpa Aina..tapi tak sempat,entah ingat lagi tak Aina kat 'mama'

since last week..setiap ahad memang berkampung kat hospital Ampang la kami sekeluarga

huhu...semalam tepon gak mak nak wish "happy mothers day"...sian mak kat hospital sebab abah kena tahan wad hari sabtu..tak sabarnya nak balik kampung jumaat nih...




ehehe...hari ni bergaya ngan baju  baru 'ayah Aina' belikan semalam kat JJ Maluri sempena 'Mothers Day'
thanks ayah!!