Pages

Wednesday, May 26, 2010

BSP lagi huhu..





hari ni last aku kena buat BSP kat spital Ampang..so pagi tadi macam biasa ayah Aina hantar..pastu dia ajak breakfast kat Mc'D..huhu time macam ni la nak ajak makan mcD..time pukul 8am bacaan gula aku 4.4 selalunya aku bawak bekal roti mil  ngan air masak jer..tapi pg ni tak bawak sbb roti smlm dah expired..ikutkan hati nak je makan burger McD tu tapi risau lak kang bacaan tinggi..alih2 aku tak makan la..teguk air teh tanpa gula jer..pukul 9.15am check bacaan gula balik..turun 3.6 ehehe yg klakarnya nurse tu cakap "ok la kak..lepas breakfast bacaan gula turun.." aku senyum jer padahal perut dah berkeroncong lapar ehehe..macam ni la kot agaknya semua ibu2 mengandung yg kena repeat buat BSP...dah macam tekanan lak nak makan ke tak..nasibla!!

kang kalo rajin aku update bacaan gula utk 1 hour post lunch pulak....confirm tak tinggi la sbb aku tak makan lagi ni ehehe..


Tuesday, May 25, 2010

week 28*

Bayi Anda

Pada usia ini, bayi sudah cukup sifatnya dan boleh lahir pada bila-bila masa. Jika bayi lahir pada usia ini, dia dikategorikan sebagai bayi pramatang. Jantungnya kini berdegup sebanyak 150 degupan seminit. Berat badannya kini mencecah 900 gm.



Tubuh anda

Payu dara anda mungkin sudah mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis cecair likat. Jika anda berasa tidak selesa dengan pengeluaran kolostrum tersebut, cuba pakai pad pada coli bagi mengelakkan rasa melekit. Pada usia kandungan ini, darah anda akan diuji buat kali kedua untuk melihat tahap anemia dalam badan. Sekiranya anda didapati anemia positif, bekalan zat besi berbentuk pil akan diberikan.
____________________________________________________________________________

mudah-mudahan impian aku nak menyusukan anak dengan susu badan  akan terlaksana...AMIN!!
selalu bercakap dengan baby "nanti keluar minum susu ibu yer sayang..."

Monday, May 24, 2010

menu hari ahad :)



ahad datang lagi..ehehe sekejap je kan seminggu dah berlalu,last week dah balik kampung jadi minggu ni dok umah jela.Kalau ikutkan.. ahad ni ahad yg terakhir aku buat BSP kat spital..tapi next week mungkin aku kena repeat balik..

sajer nak update menu yg aku masak semalam..1st time sebenarnya aku masak asam pedas,senang jer ni..aku beli yg dah siap dalam paket tu hahaha...tapi ayah Aina kata tak rasa macam asam pedas pun..ye ke? belasah jela..sebenarnya aku lupa letak air asam jawa..ehehe!


lega ckit Aina dah sihat..tengokla ayah beli mainan baru..yg geramnya kabus yg kecik2 tu boleh lak dia masuk mulut..ish..ish!!

ni gambar snap pagi tadi..eksyen je macam belajar tapi sebenarnya dia tengah khusyuk tgk Upin&Ipin..


Tuesday, May 11, 2010

week 26**

Bayi Anda

Walaupun bayi anda kelihatan kurus kering, mereka sebenarnya sudah mula membentuk lemak-lemak di bawah kulit. Lemak-lemak ini kemudiannya akan membantu mengekalkan suhu badan sehinggalah selepas dilahirkan. Bayi anda kini sepanjang 35 sm dengan berat 700 gm.

Tubuh anda

Dengan perut yang semakin membesar, tidur anda kini sering tidak nyenyak. Selain daripada rasa tidak selesa semasa berbaring, anda juga semakin kerap ke bilik air. Ketika ini cara tidur yang betul penting untuk memastikan anda berpeluang untuk berehat secukupnya. Agar anda rasa selesa ketika berbaring, alaskan perut dan kaki dengan bantal.
___________________________________________________________________________

sangatla bohsan nyer hari ni huhu..kat opis aku ngan epul je yg keje..hati lak asyik teringat nak balik kampung jer tengok abah..nak tunggu jumaat ni rasa macam lambat sangat!! harap2 abah akan beransur pulih..semalam abah tak 'sedar' kejap..kandungan gula dlm badan dah terlampau rendah kot..mak kejut tapi tak bangun2..menggelabah la mak panggil nurse..kena masuk air gula 5 botol baru abah sedar..malam tadi pun dia semput sampai takleh tido..kena guna oksigen,confirm jumaat ni aku ambik EL..nak balik tgk abah!!!
 

Monday, May 10, 2010

Selamat Hari Ibu

semalam ialah hari ibu..so kepada semua ibu2..berbanggala sebab kita diberi peluang untuk menjadi seorang ibu kan?mesti ada yg pegi celebrate dgn ibu masing2..ataupun diri sendiri di raikan oleh anak2..mesti best..eheeh AKU? semalam macam biasa ahad kena buat BSP kat hospital Ampang seaawal pukul 8am..pastu dalam pukul 9.30am baru balik umah..ingat malas nak masak..tapi dah si ayah request nak makan kat umah..kenala rajinkan diri gak memasak huhu..memang dah lama weekend aku tak masak since keluar wad last week..

pikir2 punya pikir..ni jela menu yg dapat aku masak memandangkan aku tengah berdiet ala 'diabetic solid'
layan gambar jela :)

nak rasmikan periuk kukus 'tupperware'



1st aku masak nih eheh (ayah complain kuah ckit sgt)

baju ni pengasuh Aina yg sebelum ni bagi..penat2 dia antar ke rumah ingat nak jumpa Aina..tapi tak sempat,entah ingat lagi tak Aina kat 'mama'

since last week..setiap ahad memang berkampung kat hospital Ampang la kami sekeluarga

huhu...semalam tepon gak mak nak wish "happy mothers day"...sian mak kat hospital sebab abah kena tahan wad hari sabtu..tak sabarnya nak balik kampung jumaat nih...




ehehe...hari ni bergaya ngan baju  baru 'ayah Aina' belikan semalam kat JJ Maluri sempena 'Mothers Day'
thanks ayah!!



Wednesday, May 5, 2010

Admit ward & birthday celebrations

Huhu..baru ari ni dpt merelaxkan diri..macam sibuk sgt je kan? ehehe banyak entry yg tertinggal tapi 2 entry ni je yg penting..sila baca :)

1) admit ward 4D Hospital Ampang (28hb -30hb april)

28hb April lepas memang aku ada appointment kat hospital Ampang,sebelum tu memang ada ura2 macam nak kena tahan wad jer..tapi malas nak pikir2 sgt..alih2 on the day..doctor tu kata..'you kena tahan ward sbb bacaan gula memang tinggi'..huhu memang nak mengalir dah air mata tapi depan doktor tu aku tahan jer :(
Husband pun terperanjat bila aku call..dia ingat nak tanya dah setlle ke belum..alih2 kena tahan wad pulak,dlm pukul 1pm aku balik umah naik 'cab' pastu kemas2 barang (time ni tak tau brapa hari dok wad) around pukul 3.15pm tahan 'cab' terus ke hospital.
ingat nak jumpa Aina dulu..tapi kang dia menangis lak sbb ingat aku nak bawak balik..huhu kang lagi sedih si ibu ni..
So...dipendekkan citer..aku dok wad 2 malam..hari jumaat ptg baru discharge..from now on..aku kena cucuk insulin (kat paha) sampai la bersalin..pastu kena follow up buat BSP (blood sugar profile) setiap hari ahad & rabu kat hospital huhu
yg paling penting...aku kena berdiet ala 'diabetic solic' tak boleh lagi dah nak makan ikut selera..sabar jela!!
banyak sebenarnya nak tulis pasal kenangan dok wad ni...tapi MALAS ehehe



2) My 33rd birthday on 2nd Mei

yeaaay..happy birthday to me and my twin 'achon'...nasib baik tak celebrate birthday kat wad ehehe nyaris2 gak tu kan!! sebelum ni ada gak plan nak celebrate sama2 tapi tak confirm lagi kat mana..alih2 Chon nak balik kg..ok la sbb aku pun kena buat BSP kat hospital.
seawal 7.40am kitorang dah keluar rumah sbb aku kena check BSP pukul 8am..ok la bacaan 3.9 mmol/L jer sbb tak makan apa lagi kan..pastu kitorang breakfast kat area tu dlm kul 9.10am buat BSP lagi naik 6.9 mmol/L..makan capatti punye pasal la nih :)
pastu 'as a request' dari si ibu..kitorang jalan2 kat carrefour Wangsa Maju..so ayah belanja makan kat 'the chicken rice shop'..
kita layan gambar jela sbb aku malas nak taip ehehe