Pages

Wednesday, October 27, 2010

~ pengalaman bersalin ~

dah lama nak share pasal pengalaman bersalinkan Amin tapi tak berkesempatan,masa ibu bersalinkan Aina..blog ni tak wujud lagi ehehe..dan ibu nak menulis kat blog ni sbb takut 'terlupa' moment2 tu..bak  kata orang..kalau 10 anak pun pengalaman melahirkan takkan sama kan? Jom kita share sama2...

30 JULAI 2010 (sabtu)

dalam pukul 10 pg kitorang dah sampai hospital Ampang..lepas daftar terus ibu naik wad 4D (antenatal) disebabkan beg banyak jadi  mak mertua tolong hantarkan..ingatkan bolehla turun balik nanti utk jumpa suami dan Aina..rupanya nurse tu tak bagi..time tu rasa macam nak menangis dah huhu..mintak juga kat nurse tu nak turun kejap lastnya dia bagi tapi kena tukar pakai baju hospital (yg kaler pink tuh!!) masa turun kat lift tu memang dah sebak..macam2 perasaan ada..sedih,takut..tertekan sgt..memang air mata dah turun..huhu..ibu memang sensitif yer..terlintas kat hati mungkin lepas ni tak dpt jumpa Aina lagi ker huhu...tapi macam biasa la Aina memang tak paham apa2 walaupun dia heran gak kot 'naperla ibu aku ni menangis sambil peluk cium aku?' huhu..hanya ibu jer yg tahu perasaan masa tu!!

1 OGOS 2010 (ahad)

seawal pukul 6 pg ibu dah bangun..mandi,solat,cucuk insulin..pastu makan roti sikit..dlm pukul 7 lebih nurse dah panggil utk induce...lepas doktor masukkan ubat,kena dok atas katil jer selama 1jam..tak boleh pegi mana2..doktor kata pukul 1.30 tghari nanti dia akan check..kalau belum ada 'laluan'.. masuk ubat ke2 pulak..tapi memang pagi tu tak sakit pun..cuma rasa sengal2 kat pinggang jer..pastu nurse suruh berjalan2..tekanan jugak bila tgk org lain pun macam kita..ada yg dah masuk ubat 3x pun belum sakit huhu..confirmla kena bedah..aaarrghh tension!! pukul 1.30 doktor masukkan ubat ke2..


gambar ni ayah Aina ambil time ptg dah..contraction pun dah kerap..rasa2nya mlm ni ibu bersalin..

dlm pukul 10 lebih tu memang sakit kerap dah 3 minit sekali...confident jer suh nurse tu check laluan..alhamdulillah dah buka 4cm..so tukar baju dan tepon ayah Aina..pukul 11 lebih baru diorang tolak ke labor room..sebenarnya bersalin anak ke2 ni tekanan dia lebih sikit..masa Aina dulu ibu  memang takde pengalaman kan..so lebih kepada 'berserah jer'..lagi pun pengalaman melahirkan Aina rasanya lebih 'natural'..yela sakit pun datang sendiri..keluar 'show'..pecah air ketuban..tapi kali ni semuanya 'dipaksa'..kalau tanye ibu..memang SAKIT!!
yg lebih kelam kabutnya.. bila jer contraction ...jantung baby akan 'drop'..memang ketara dgr dari mesin CTG tu..dlm hati memang berdoa agar baby tak lemas dan ibu boleh bersalin normal...time ni ayah Aina pun dah datang..lepas doktor 'seluk' dia kata "kita fight!!" bermakna baby boleh bertahan lagi dan dorang akan biarkan ibu cuba bersalin normal..dan alhamdulillah bila bukaan dah 9cm jantung baby kembali normal..hebat hero ibu nih!!
percaya tak..dalam sibuk2 nurse suruh 'push'..ibu lupa langsung macam mana nak 'push'..teknik memang salah!!kepala baby memang tak bergerak langsung bila ibu push..sampai doktor suruh ayah Aina tengok..tak tahu le ayah ngeri ke tak?huhu..terngiang2 lagi nurse tu kata "push!push macam nak teran berak tu..cepat2..kepala baby awak dah nampak dah..baby awak pun kecik jer tak besar!!awak salah push ni..bukan push kat muka..push kat bawah!!"
bila ibu fokus balik..dan contraction datang..ibu push macam yg nurse ckp tu..baru terasa baby bergerak..sebenarnya lama jugak proses meneran ni..dan alhamdulillah pukul 12.56 pg 2 Ogos..baru baby keluar dan terus dengar suara dia menangis...syukur alhamdulillah!!



dalam separa sedar tu..ibu dengar ayah tanya nurse..'boleh ambik gambar tak?' ehehe klakar pun ada sbb nurse tu kata tak boleh tapi bila ibu belek hp ayah..ada pulak gambar nih!! muka ibu terpaksa dihitamkan sbb tengah lalok!!haha


Amin memang tak berat cuma 2.83kg jer..compare dgn Aina 3.06kg..ibu pun heran sbb kalau tgk perut memang besar..tambah2 plak ibu kan diabetes so memang expect baby besar..kuasa ALLAH kan!! lepas bersalin Amin terus kena dok wad NICU sbb nak pantau takut dia 'hypo" kesan dari insulin..tghari 2hb tu ibu dah discaj tapi mlm tu datang balik hospital sbb nak temankan Amin kat wad..keesokkan harinya baru Amin boleh discaj..

gambar ni ayah ambik masa Amin dan ibu dok wad hospital Teluk Intan pulak..huhu..biasala jaundis..penat sgt sbb baru pagi Jumaat tu sampai kampung..tak sempat panas bontot dah kena naik ambulans pegi hospital pulak..nasib baik semalam jer dan esok tu kami dah boleh discaj..tapi lepas tu 2,3 kali jugakla Amin kena ulang ke klinik utk check jaundis..

dan selepas 2 bulan lebih..Amin dah besar ehehe..debab tak anak ibu? tak terasa masa tu..kejap jer ibu berpantang kat kampung,pastu raya..pastu dah balik KL semula...

ini la permata hati ibu..kakak dan adik..doa ibu semoga Aina dan Amin akan jadi anak yg soleh dan solehah

AMIN :)

p/s : akan datang.. blog ni akan di hiasi dengan ragam anak2 ibu membesar..

Friday, October 15, 2010

Ibu Amin juga :)

salaaaaaamm.....
jumpa balik kita kat 'dunia siber' ni.. skang dah ber'anak' 2 ehehe..alhamdulillah saya dah selamat melahirkan baby boy kat hospital Ampang pada 2 Ogos @ 12.56am..dan saya pun dah selamat menjalani tempoh berpantang (pantang ala kadar namanyer ) dan dah pun kembali bekerja since last week..masuk keje dah sibuk tu yg takde masa nak update blog nih..(sebenarnya ada masa tapi ibu sgt maleh!!) hari ni nak update gambar my little boy jer...sekarang saya ialah 'Ibu Aina & Amin' :) thanks GOD!!



Muhammad Thaqif Amin

1st day Amin kat NICU..